Sunday, April 13, 2008

rumah rehat bagan lalang

Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang, Selangor merupakan sebuah tempat rehat/riadah/makan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur. Ia terletak 35 km dari Litar F1 Sepang dan 90km dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Pantai Bagan Lalang boleh dibuat samada melalui Lebuhraya Elit melalui jalan masuk Tol Jalan Duta dan keluar di Tol KLIA, atau melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Sungai Besi dan keluar di Tol Nilai/Pajam/Sepang . Selain itu, dengan adanya Lebuhraya KL - Putrajaya, anda juga boleh keluar dari Putrajaya dan terus menghala ke KLIA dan seterusnya ke Pantai Bagan Lalang.



Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah bermain layang-layang, mandi- manda di laut, memancing, berkhemah, makan-makan di gerai-gerai makanan laut dan juga stimbot di Sepang Gold Coast. Di samping itu juga anda boleh mencuba kambing/ayam bakar yang enak.



Penginapan juga banyak di dapati di sini termasuklah Hotel Sri Malaysia. Selain dari itu terdapat juga rumah semi D lot tepi di Taman Sri Bayu yang berdekatan (900 meter ke pantai) yang menyediakan penginapan secara sewa harian dengan kadar sewa yang sepadan dengan kemudahan yang disediakan seperti 3 bilik berhawa dingin, astro, dapur yang lengkapdan kemudahan bbq.

No comments: