Tuesday, April 29, 2008

kedudukan bagan lalang

untuk kemudahan kita semua disertakan kedudukan bagan lalang. sila click link ini.

http://maps.google.com/maps?t=h&hl=en&ie=UTF8&ll=2.665283,101.728249&spn=0.158786,0.319977&z=12>

terima kasih.

Wednesday, April 23, 2008

arah ke pantai bagan lalang dari jalan masuk taman pantai sepang putra


disertakan peta untuk arah masuk ke pantai bagan lalang melalui jalan masuk taman pantai sepang putra untuk kemudahan semua mengikut jalan yang bertanda merah.rumah rehat yang dimaksudkan ialah no 56, jalan sribayu 2.

Thursday, April 17, 2008

gambar rumah rehat




gambar sekitar rumah rehat. terdapat ruang yang luas untuk parking kerana rumah semi d dan lot tepi. tidak akan mengganggu jiran bagi aktiviti keluarga. gambar no 2 adalah ruang untuk berehat dan bbq. RUMAH INI HANYA DISEWAKAN KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA. HARAP MAAF.

Sunday, April 13, 2008

rumah rehat bagan lalang

Bagan Lalang yang terletak di Daerah Sepang, Selangor merupakan sebuah tempat rehat/riadah/makan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur. Ia terletak 35 km dari Litar F1 Sepang dan 90km dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Pantai Bagan Lalang boleh dibuat samada melalui Lebuhraya Elit melalui jalan masuk Tol Jalan Duta dan keluar di Tol KLIA, atau melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui Tol Sungai Besi dan keluar di Tol Nilai/Pajam/Sepang . Selain itu, dengan adanya Lebuhraya KL - Putrajaya, anda juga boleh keluar dari Putrajaya dan terus menghala ke KLIA dan seterusnya ke Pantai Bagan Lalang.



Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah bermain layang-layang, mandi- manda di laut, memancing, berkhemah, makan-makan di gerai-gerai makanan laut dan juga stimbot di Sepang Gold Coast. Di samping itu juga anda boleh mencuba kambing/ayam bakar yang enak.



Penginapan juga banyak di dapati di sini termasuklah Hotel Sri Malaysia. Selain dari itu terdapat juga rumah semi D lot tepi di Taman Sri Bayu yang berdekatan (900 meter ke pantai) yang menyediakan penginapan secara sewa harian dengan kadar sewa yang sepadan dengan kemudahan yang disediakan seperti 3 bilik berhawa dingin, astro, dapur yang lengkapdan kemudahan bbq.